Asalammualaikum.
Lately, myra suka baca artikel mengenai pasangan. Myra ada terbaca artikel dari Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah tentang "Mengenali Seseorang".
Myra nak kongsikan dengan semua. :)
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu
terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali
kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih
hidup.
Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga
hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan
terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah
sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba
memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan
meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu
akan terus hingga ke akhirnya. InsyAllah.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang
kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan! berkhasiat! ... Mengapa kamu
berlengah cuba mencari makanan yang lain? Jika terlalu ingin mengejar
kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu
... Mengapa kamu berlengah cuba membandingkannya dengan yang lain? Jika terlalu
mengejar kesempurnaan, kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik
orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.
# Bagi myra kita kena belajar untuk menerima pasangan dgn seadanya. Bukan saja kelebihan malah kekurangan. Jangan terlalu memaksa atau mengharap pasangan akan berubah, tetapi bimbinglah dia untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya manusia itu bukanlah sesempurna yang dilihat. Bersyukurlah atas semua kurniaanNya. InsyaAllah anda akan lebih mengenali dan menghargai pasangan anda. :)
ehem..ehem... SO TRUE myra! trima seadanya jgn di perkotak katik kan pasangan kita sbb mmg xde manusia yg sempurna..termasuk diri kita sendri ;)
ReplyDeleteokay da agak da nana org first komen! thnx na jd pembaca blog myra yg xseberapa neh. hehe.. ;)
Deletelumrah hidup na. mental kena kuat. nasibla myra ni penyabarkan? ;P
Aik macm x suka je nana the best person yg akn complaint entry myra..yelaa pasni nana akan jd org terakhir la hehe
DeleteA'ah mmg myra penyabar character kite SAMA kan??
Hahahha
sape ckp xsuke? myra suke ok. every post myra na kna jd org pertama komen k! n every post nana, myra jd org terakhir. hehe. ;P
DeleteKalau terima pasangan seadanya, tak banyak komen itu ini pasti bahagia.
ReplyDeletetrue fie! mesti bahagia.. tp yg payahnye minded org skrg lain. nak yg mcm ni nak yg mcm tu. semua nak perfect. sedangkan diri sendiri tak la sebegitu. macam2 kan..
Delete