October 23, 2012

Selamat Hari Raya Idul Adha

.. assalammualaikum ..

cepat je rasa masa berlalu ..
da nak raya haji dan da nak habis october
sedang menghitung hari menempuh usia yang semakin meningkat
dan perhubungan dgn sang kekasih yang menjangkau lapan tahun lamanya
harap-harap hari yang mendatang akan lebih mematangkan myra ..

kali ni agak lama tak balik kampung ..
last balik hari raya aidilfitri
two months ago
rindunya kat mak dan adik-adik kat sana
rindu jugak mr L yang selalu menyepi tu .. haishh
kerja jauh-jauh ni la jadinya
nasib baik kat sini duduk dgn kakak
ada anak buah yang banyak mulut
tak ada la bosan sgt .. hari-hari melayan kerenah dia ..  :)

so tak sabar rasanya nak balik raya haji ni
lagi dua hari je lagi
yeay!!
seronoknya hati ni bukan kepalang
macam-macam da ada dlm otak ni
nak pergi sana, nak pergi sini
nak makan itu, nak makan ini
tak sabar tak sabar tak sabarnyaaaa!!
teheeee ..
padahal cuti tiga hari je .. sobsob ..  ='(
anyway u guys yang balik kampung halaman raya haji ni,
DRIVE SAFELY
ingatlah orang yang tersayang ..  :)


October 17, 2012

Pening Dengan School Holiday 2013

Hye semua. Assalammualaikum.
Awok sebenornye confused ni dengan tarikh cuti sekolah untuk tahun depan 2013. Mane satu betoi entoh ler. Haa da keluor cakap perok!!
Ngehngehngeh ..  =P
 
Dulu masa kena attend Matta Fair, myra noticed yang school holiday mid term jatuh pada 8 - 17 March 2013. Ni tup tup jatuh pada 23 - 31 March 2013.
Dah rearrange ke? Atau myra yang tersalah tgk kalendar ni?
Adoyaiiii!!
Punca myra start confused bila passenger complaint. And the booking made was by me.
Sobsobsobbb ..  :'(
 
Passenger said :
"I am writing to inform you that we need to change the date of our travel to Medan. When I booked this package tour at the Matta Fair in September 2012, we checked the date for next year's school holiday before confirming. I was shocked to find out in yesterday's newspaper that the date for the march school holidays have been changed to 23 March 2013 from 9 March 2013."
Kindly look into this matter and advise. Please note that we can only travel during school holidays as our daughter is schooling.
 
 
Ehh kenapa myra tak tau ni ada pertukaran cuti sekolah?
Tapi apa-apa pun myra rasa myra tak salah.
Memang kelam kabut time Matta Fair tu dengan ramai orang nak booking, tanya, pening jugak la.
Tapi tengok apa yang management bagi ..
 
 
 
 
Betulkan 8 March 2013. Haishh pelik jugak.
But normally school holiday is subject to change without prior notice kan?
Since the passenger already give the statement, she aware on the school holiday on 9 March 2013.
Passenger pun baru realize last week on the newspaper the school holiday have been changed to 23 March 2013. From my opinion is not mistake from our management and not even the passenger. Might be Government have change the school holiday recently.
 
 
 

Ada sesiapa tahu ke tentang pertukaran school holiday ni?
Rasa nak nanges bila kena call passenger balik.
Check on the promo fare during NEW school holiday.
Passenger pulak argue nak tukar without any charges.
Banyak cekadak tau passenger ni.
Orang da tolong rearrange hotel, bayar jela change fee untuk flight.
Tu pun kira bagus myra dapatkan permissions untuk waive fare differences dia.

.. sedih sedih sedih ..
T_T

Korang kalau plan nak holiday during school holiday, better be aware.
Nanti susah macam passenger ni nak tukar flight + tambah duit lagi. Kesian tapi apa nak buat.
Myra hanya menjalankan tugas sahaja.  =P
 
# happy holiday u olss ..

October 11, 2012

I'm Begging You!! -Freckles-

 
 
wahai freckles, kenapa engkau sangat setia dengan wajahku ini?
engkau tahu yang aku tidak memerlukan engkau
dan kehadiranmu membuat aku sangat tertekan ..
nyahhh la engkau dari pipi mulusku ini!
engkau langsung tidak membuatku gembira, rasa sayang mahupun cinta terhadap engkau
pergilah .. pergilah ..
i'm begging u!  T.T
 
wah drama king sangat ..  =P
myra sedih la sebenarnya
tak tau nak buat macam mana dengan freckles ni
orang kata, biar pimples jangan freckles
sebab pimples senang nak hilang
kalau freckles ni sampai ke tua pun belum tentu hilang
since myra kecik lagi da ada freckles ni tapi tak la heavy
biasalah kecik-kecik dulu putih melepak
macam anak mat saleh ooo .. *memuji diri sendiri jap .. hehe
tapi memang kenyataan, muka myra macam tu
perasan tak sesetengah anak omputih yg peringkat umur 7 ke 15 tahun tu ada freckles?
dulu muka myra macam tula
tapi masuk peringkat remaja dia hilang pelan-pelan
 
lebih kurang macam ni la tapi bkn kat hidung kat pipi
 
sekarang ni tgk macam da naik balik
mungkin faktor umur jugak yg da meningkat dewasa ..
ni myra da mula tak senang duduk
takut melarat pulak freckles ni
 
risau jadi macam ni ..  -.-
 
ahh tak nak!!
 myra sampai menggoogle sana sini
akhirnya myra jumpa satu produk ni n rasa tertarik nak mencuba
siapa yang tau tentang produk ni ye, Beutskin Essence ?
ala produk yg ADIRA & ISMA AF amalkan sekarang
 
 
gambar adira sebelum dan selepas
 
no wonder la kulit dorg cantikkan??
tak tempek bedak pun takpe
tapi produk ni agak mahal ..  T.T
nak cantik apa salahnya
untuk suami jugak .. eh! silap bakal suami jugak ..
ngehngehngeh ..
tapi nak tanya sesiapa la yg pernah cuba produk ni
nak tanya adira, macam la kenal ye.. hehe
anyway, myra still jugak nak search
produk-produk lain yg boleh menghilangkan freckles ni
sesiapa yg ada suggestion sila kongsi ye
kalau boleh nak kulit ni bersih dari freckles
pimples memang tak nak hinggap pun
kadang-kadang je bila bulan penuh .. hehe
 
kalau boleh nak kulit macam ALIZEE ni
* dulu mr L nak ngorat myra dia ckp muka myra macam artis ni la
heuheuheu ..  =P
 
masa muda-muda kulit cantik le pun ..
da almost 8 years da kenal
tak ada pulak puji-pujian tu keluar dari mulut dia ..
sampai hati ..  T.T
okay! abaikan
yg penting misi nak menghilangkan freckles n menghindarinya
harus dilakukan secepat mungkin
kesian kat wajah yg vogue de vas ni
hehe .. okay da perasan lebih da ni!
sampai disini dulu ye ..
 
bye. assalamualaikum.
 

October 06, 2012

Mati Hidup Semula .. Jangan Tak Percaya!

semalam family sebelah mak myra buat kejutan yg agak mencemaskan ..
anak-anak n cucu-cucu Tok Shahidan ni memamg betoi lerrrr ..
hehe ..
kakak call myra ..


kakak : myra, urgent! makcik rosni meninggal dunia.

myra : haaaa!!? innalillah ..

kakak : u mbil EL kita rushed blk kampung. ayah pun da ambil EL. kami tunggu u. cepat!

myra : *sedih* sebab apa meninggal? tiba-tiba je. kan makcik rosni sihat?

kakak : entahla, akak dapat tau dari makcik C, yg makcik rosni (mangsa) meninggal sebab cabut gigi.

myra : haaa!? *okay nak tergelak jap bila dgr akak ckp camtu* okay i balik sekarang.

myra pun sepantas kilas inform kat team leader n isi form
bila semua dah siap ambil EL untuk esok (supposed to be today)
and guess what??
kakak myra call balik ..


kakak : myra tak jadi balik kampung. makcik rosni hidup balik.

myra : what!? akak u jgn la main-main benda mcm ni. i da isi form bagai da ni.

kakak : serius la. makcik D n husband da pegi rumah makcik rosni. bukan dia meninggal.

myra : ok bye! *since time kerja, myra decide balik kerja je nak tahu apa sebabnya*


terus myra cancel nak ambil EL.
balik tu kakak cerita, rupa-rupanya salah info.
biasalah adik-beradik sebelah mak ni memang minat menyampai-nyampai benda yang belum ada kesahihannya.
daripada makcik A ke makcik B ke makcik C
bila berita sampai ke makcik C bermula la drama. haha.
kesian makcik D n husband yg bergegas ke tempat kejadian
sebab rumah dorg dekat dgn rumah mangsa
bila mereka sampai je dirumah mangsa tgk rumah kosong tiada siapa
dorg pun ketuk rumah jiran sebelah rumah tu
jiran mangsa pun keluar
makcik D myra ni dgn nangis-nangis tanya la kat si jiran tu ..


makcik D : mana rosni? kenapa tak ada orang rumahnya? mana mayatnya dibawa? kesian anak-anaknya da jadi yatim piatu .. *sambil nangis*

jiran : *terpinga-pinga* kenapa kamu menangis? siapa yg mati? siapa pulak yg jadi yatim piatu ni?

makcik D : haaa .. sy dapat tahu yg adik ipar sy si rosni ni meninggal?

jiran : mana kamu dapat berita ni? bukan rosni yg meninggal .. dia pergi rumah org meninggal ..


lagi meraung la makcik D myra
sebab?? okay dia malu dgn si jiran td .. hehehehe ..
sudahnya dorg dapat jugak jumpa dgn makcik rosni aka si mangsa td
elok je terpacak depan rumah dorg ptg tu, sihat walafiat.
hahaha .. kami pun gelak tak ingat dunia da
macam mana la boleh salah info
haishh tula bila dgr cerita dari mulut ke mulut
lain jadinya ..
tak pasal-pasal family dari kedah yg da otw terpaksa patah balik
kami yg dari KL ni pun nasib baik tak otw lg .. huhu
orang yg betul-betul meninggal tu pulak memang kami tak kenal
hehehehehe ..
apa-apa pun al-fatihah buat si mati


# ni myra nak share khas buat family myra. lain kali dapatkan kesahihannya dulu ye. tak pasal-pasal mati hidup semula pulak! hehehehe ..  ='D

October 04, 2012

Mana Firaun Pakai Sultan ... Taibbbb!


ni la jadinya bila berfacebooking malam-malam ..
dan diatas permintaan sang jnamarcello, myra update kat blog ni ha .. hehe ..
wahai sang rembulan, terima kasih kerana menceriakan hari-hariku .. :)

# tumpuk-tumpuk taik unta ..  ;D

October 03, 2012

Menerima Pasangan Seadanya

Asalammualaikum.
 
Lately, myra suka baca artikel mengenai pasangan. Myra ada terbaca artikel dari Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah tentang "Mengenali Seseorang".
Myra nak kongsikan dengan semua.  :)
 
 
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
 
Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.
 
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya. InsyAllah.
 
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan! berkhasiat! ... Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain? Jika terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu ... Mengapa kamu berlengah cuba membandingkannya dengan yang lain? Jika terlalu mengejar kesempurnaan, kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.
 
 
# Bagi myra kita kena belajar untuk menerima pasangan dgn seadanya. Bukan saja kelebihan malah kekurangan. Jangan terlalu memaksa atau mengharap pasangan akan berubah, tetapi bimbinglah dia untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya manusia itu bukanlah sesempurna yang dilihat. Bersyukurlah atas semua kurniaanNya. InsyaAllah anda akan lebih mengenali dan menghargai pasangan anda.  :)

October 01, 2012

Welcome October!

hye semua. asalammualaikum.
 
eksaited myra bila masuk je bulan oktober.
mana taknya, bulan kelahiran myra.
even lambat lg birthday myra tp tak salahkan berperasaan sebegini. hehehe.
boleh shopping since banyak diskaun untuk birthday girl bulan ni.  ;P
sebenarnya jantung ni dupdapdupdap jugak sebab memikirkan umur yg sudah meningkat.
haishhh. tp itu adalah angka semata-mata.
buat apa nak risaukan?? hehe.
nampaknya org-org sekeliling da mula tanya soalan cepu emas.
baik parents, siblings, auntie, uncle, cousin, friends, jiran pun. ha hamekk kau.
omg! i really can't answer that question.
memandangkan ekonomi yang tak berapa nak stabil lg ni. hehe.
nanti-nantilah.
rasanya semua tahu soalan apakah yg myra maksudkan.
ok jgn tanya da!
my answer is : pray for me ya.  :)
ngehngehngehngeh ..
 
oh ye, haritu myra lunch dgn officemate myra
shahkiena and jnamarcello
makan ikan bakar at kelana jaya
sedapppp!
 
sorry lupa pulak nama kedainya.. cik jnamarcello tau.. tanya dia..  ;P
first time makan ikan bakar kat tempat ni
tu pun officemate yg bawa
siapa fans liverpool tau sebab kedai ni
deret kedai fans dorg .. hehe
mlm tu cadangnya kami nak lepak lg kat area KJ tu jugak
nak layan my fav team ARSENAL VS CHELSEA
tapi sampai rumah tgk dua adik myra tu demam
tanya dorg da makan ke belum?
jawapannya of coz la belum
ajak mkn kat luar taknak sebab dorg betul-betul tak larat
so sebagai kakak kena la masak utk adik-adik kan
since kat rumah barang dapur belum sempat nak beli
ada telur je
tu yg makan sambal telur je mlm tu
sambil melayan bola.
 
ha ni la dia. jadila janji dorg boleh makan. hehe
kesian adik-adikku
tapi kesian lg kakakmu ini
tak dapat nak hang out!
* ohh agak kejam disitu .. hehe ..joking ..  ;P
 
 
# so october, please be nice and awesome okay!!