October 06, 2012

Mati Hidup Semula .. Jangan Tak Percaya!

semalam family sebelah mak myra buat kejutan yg agak mencemaskan ..
anak-anak n cucu-cucu Tok Shahidan ni memamg betoi lerrrr ..
hehe ..
kakak call myra ..


kakak : myra, urgent! makcik rosni meninggal dunia.

myra : haaaa!!? innalillah ..

kakak : u mbil EL kita rushed blk kampung. ayah pun da ambil EL. kami tunggu u. cepat!

myra : *sedih* sebab apa meninggal? tiba-tiba je. kan makcik rosni sihat?

kakak : entahla, akak dapat tau dari makcik C, yg makcik rosni (mangsa) meninggal sebab cabut gigi.

myra : haaa!? *okay nak tergelak jap bila dgr akak ckp camtu* okay i balik sekarang.

myra pun sepantas kilas inform kat team leader n isi form
bila semua dah siap ambil EL untuk esok (supposed to be today)
and guess what??
kakak myra call balik ..


kakak : myra tak jadi balik kampung. makcik rosni hidup balik.

myra : what!? akak u jgn la main-main benda mcm ni. i da isi form bagai da ni.

kakak : serius la. makcik D n husband da pegi rumah makcik rosni. bukan dia meninggal.

myra : ok bye! *since time kerja, myra decide balik kerja je nak tahu apa sebabnya*


terus myra cancel nak ambil EL.
balik tu kakak cerita, rupa-rupanya salah info.
biasalah adik-beradik sebelah mak ni memang minat menyampai-nyampai benda yang belum ada kesahihannya.
daripada makcik A ke makcik B ke makcik C
bila berita sampai ke makcik C bermula la drama. haha.
kesian makcik D n husband yg bergegas ke tempat kejadian
sebab rumah dorg dekat dgn rumah mangsa
bila mereka sampai je dirumah mangsa tgk rumah kosong tiada siapa
dorg pun ketuk rumah jiran sebelah rumah tu
jiran mangsa pun keluar
makcik D myra ni dgn nangis-nangis tanya la kat si jiran tu ..


makcik D : mana rosni? kenapa tak ada orang rumahnya? mana mayatnya dibawa? kesian anak-anaknya da jadi yatim piatu .. *sambil nangis*

jiran : *terpinga-pinga* kenapa kamu menangis? siapa yg mati? siapa pulak yg jadi yatim piatu ni?

makcik D : haaa .. sy dapat tahu yg adik ipar sy si rosni ni meninggal?

jiran : mana kamu dapat berita ni? bukan rosni yg meninggal .. dia pergi rumah org meninggal ..


lagi meraung la makcik D myra
sebab?? okay dia malu dgn si jiran td .. hehehehe ..
sudahnya dorg dapat jugak jumpa dgn makcik rosni aka si mangsa td
elok je terpacak depan rumah dorg ptg tu, sihat walafiat.
hahaha .. kami pun gelak tak ingat dunia da
macam mana la boleh salah info
haishh tula bila dgr cerita dari mulut ke mulut
lain jadinya ..
tak pasal-pasal family dari kedah yg da otw terpaksa patah balik
kami yg dari KL ni pun nasib baik tak otw lg .. huhu
orang yg betul-betul meninggal tu pulak memang kami tak kenal
hehehehehe ..
apa-apa pun al-fatihah buat si mati


# ni myra nak share khas buat family myra. lain kali dapatkan kesahihannya dulu ye. tak pasal-pasal mati hidup semula pulak! hehehehe ..  ='D

October 04, 2012

Mana Firaun Pakai Sultan ... Taibbbb!


ni la jadinya bila berfacebooking malam-malam ..
dan diatas permintaan sang jnamarcello, myra update kat blog ni ha .. hehe ..
wahai sang rembulan, terima kasih kerana menceriakan hari-hariku .. :)

# tumpuk-tumpuk taik unta ..  ;D

October 03, 2012

Menerima Pasangan Seadanya

Asalammualaikum.
 
Lately, myra suka baca artikel mengenai pasangan. Myra ada terbaca artikel dari Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah tentang "Mengenali Seseorang".
Myra nak kongsikan dengan semua.  :)
 
 
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
 
Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.
 
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya. InsyAllah.
 
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan! berkhasiat! ... Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain? Jika terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu ... Mengapa kamu berlengah cuba membandingkannya dengan yang lain? Jika terlalu mengejar kesempurnaan, kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.
 
 
# Bagi myra kita kena belajar untuk menerima pasangan dgn seadanya. Bukan saja kelebihan malah kekurangan. Jangan terlalu memaksa atau mengharap pasangan akan berubah, tetapi bimbinglah dia untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya manusia itu bukanlah sesempurna yang dilihat. Bersyukurlah atas semua kurniaanNya. InsyaAllah anda akan lebih mengenali dan menghargai pasangan anda.  :)

October 01, 2012

Welcome October!

hye semua. asalammualaikum.
 
eksaited myra bila masuk je bulan oktober.
mana taknya, bulan kelahiran myra.
even lambat lg birthday myra tp tak salahkan berperasaan sebegini. hehehe.
boleh shopping since banyak diskaun untuk birthday girl bulan ni.  ;P
sebenarnya jantung ni dupdapdupdap jugak sebab memikirkan umur yg sudah meningkat.
haishhh. tp itu adalah angka semata-mata.
buat apa nak risaukan?? hehe.
nampaknya org-org sekeliling da mula tanya soalan cepu emas.
baik parents, siblings, auntie, uncle, cousin, friends, jiran pun. ha hamekk kau.
omg! i really can't answer that question.
memandangkan ekonomi yang tak berapa nak stabil lg ni. hehe.
nanti-nantilah.
rasanya semua tahu soalan apakah yg myra maksudkan.
ok jgn tanya da!
my answer is : pray for me ya.  :)
ngehngehngehngeh ..
 
oh ye, haritu myra lunch dgn officemate myra
shahkiena and jnamarcello
makan ikan bakar at kelana jaya
sedapppp!
 
sorry lupa pulak nama kedainya.. cik jnamarcello tau.. tanya dia..  ;P
first time makan ikan bakar kat tempat ni
tu pun officemate yg bawa
siapa fans liverpool tau sebab kedai ni
deret kedai fans dorg .. hehe
mlm tu cadangnya kami nak lepak lg kat area KJ tu jugak
nak layan my fav team ARSENAL VS CHELSEA
tapi sampai rumah tgk dua adik myra tu demam
tanya dorg da makan ke belum?
jawapannya of coz la belum
ajak mkn kat luar taknak sebab dorg betul-betul tak larat
so sebagai kakak kena la masak utk adik-adik kan
since kat rumah barang dapur belum sempat nak beli
ada telur je
tu yg makan sambal telur je mlm tu
sambil melayan bola.
 
ha ni la dia. jadila janji dorg boleh makan. hehe
kesian adik-adikku
tapi kesian lg kakakmu ini
tak dapat nak hang out!
* ohh agak kejam disitu .. hehe ..joking ..  ;P
 
 
# so october, please be nice and awesome okay!!

September 26, 2012

Myself & Hijab

when i wear Hijab ..
not bad right?
hehehehehhee..  ;P

to those friends and family, thank you for your encouragement!
so much much much ..  :)

i felt so nervous at the first place actually ..
first, worried if hati ni tak tetap
tiba-tiba taknak pakai tudung pulak ke
* tapi itu semua gangguan syaitan kan?
yg penting kena ikhlas n kuat!
second, worried if i can't face the situation when people see me
looks like i weird or "buang tabiat ke budak ni?" ..
but after a few days, i realized that
it's not an issue
this is my final decision
ya, myra ikhlas berhijab dan myra tak takut dgn apa yg akan diperkatakan
myra akui myra tidak la sebaik mana sebelum ni
tapi manusia mana ada yg sempurna
yg da lepas, biarlah berlalu
hari yg mendatang ni, myra usaha untuk buat yg terbaik
so, kawan-kawan
doakan yg terbaik buat myra ye ..
lotta loveeee ..  =)